Sunday, May 20, 2012

Aktiviti-aktiviti semasa cuti sekolah

Saya akan bermain dengan pistol 'nerf' saya. Saya akan bermain dengan Taufiq dan Shahrul di kolong blok saya atau di taman permainan saya. Selepas itu,saya akan belajar mata pelajaran Matematik,Sains,Inggeris dan Bahasa Melayu. Saya berasa amat kecewa terhadap markah peperiksaan saya yang sudah terlepas. Saya harus belajar bersungguh-sungguh dalam mata pelajaran Matematik saya kerana saya sudah beberapa kali gagal dalam subjek itu. Saya pun akan belajar mata pelajaran Sains saya kerana beberapa topik Sains saya kurang faham dan saya akan bertanya beberapa soalan ke guru saya. Saya hendak ibu bapa saya berasa bangga terhadap saya dalam peperiksaan 'PSLE' saya. Saya harap pada akhir tahun ini saya akan menangis kegembiraan.